Monday, October 21, 2013
PROGRAM KORBAN AIDIL ADHA SK KERUBONG 2013
Panitia Agama Islam telah menganjurkan satu Program Korban sempena Hari Raya Aidil Adha bertempat di SK Kerubong. Sebanyak tiga ekor lembu telah disediakan untuk program tersebut. Program diadakan pada 16 Oktober 2013 bermula jam 2.00 petang itu turut disertai oleh semua warga SK Kerubong, PIBG dan penduduk Kampung Krubong. Ini adalah kali pertama pihak sekolah menganjurkan aktiviti ini dan ianya telah mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dan diharapkan ianya akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang kerana ianya dapat merapatkan hubungan antara warga sekolah dan penduduk kampung serta memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai ibadat korban dan cara perlaksanaannya.
Wednesday, October 09, 2013
"Roadshow" Zoo Melaka ke SK Kerubong
Sesi kempen kesedaran mengenai haiwan eksotik sempena 'Roadshow' Zoo Melaka telah diadakan di Sk Kerubong pada 9 Oktober 2013 jam 11.00 hingga 1.00 tengahari. Semua murid SK Kerubong telah berkesempatan untuk melihat secara lebih dekat dan 'membelai' haiwan-haiwan yang jarang mereka jumpai seperti ular sawa burma, ular 'jagung', Iguana, naga berjanggut, cicak berlidah biru dan seekor ular sawa albino.
Wednesday, October 02, 2013
GERAK TARI PRASEKOLAH SK KERUBONG 2013
Aktiviti Gerak Tari 1Malaysia telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kerubong iaitu pada 1 Oktober 2013 pada jam 8.10 pagi secara serentak dengan semua sekolah di Malaysia. Aktiviti ini disertai oleh murid-murid Prasekolah bersama-sama dengan guru dan Pembantu Prasekolah. Aktiviti ini telah didokumenkan dalam bentuk gambar dan video bagi tujuan mendapatkan pengikhtirafan daripada Malaysia Book of Records. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Berikut adalah gambar-gambar aktiviti tersebut.
Saturday, September 28, 2013
PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SK KERUBONG 2013
Perkhemahan Badan Beruniform SK Kerubong 2013 telah berjaya dijalankan pada ketetapan berikut:
TARIKH : 27, 28 & 29 SEPTEMBER 2013
TEMPAT : SK KERUBONG
BILANGAN MURID TERLIBAT :
TARIKH : 27, 28 & 29 SEPTEMBER 2013
TEMPAT : SK KERUBONG
BILANGAN MURID TERLIBAT :
- PENGAKAP - 24 ORANG
- TKRS - 24 ORANG
- PBSM - 25 ORANG
- PUTERI ISLAM - 25 ORANG
MAJLIS PERPISAHAN USTAZ SAIFULHIZAT BIN ABD. RAHMAN
Pada 27 September 2013 merupakan hari terakhir Ustaz Saifulhizat Bin Abd. Rahman berada di SK Kerubong. Pada hari ini juga satu majlis ringkas majlis perpisahan beliau telah diadakan dan beliau akan mula bertugas di SK Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak bermula pada 1 Oktober 2013. Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin yang diketuai oleh beliau sendiri.
Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ustaz Aizan sebagai Ketua Panitia Adama Islam, En. Abdul Aziz wakil pentadbir dan akhirnya ucapan oleh Ustaz Saifulhizat sendiri.
Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ustaz Aizan sebagai Ketua Panitia Adama Islam, En. Abdul Aziz wakil pentadbir dan akhirnya ucapan oleh Ustaz Saifulhizat sendiri.
Seterusnya sesi penyerahan cenderahati oleh Panitia Pendidikan Islam yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En. Bahari Bin Abu Mansor.
Majlis jamuan sempena perpisahan beliau telah dijalankan di kantin sekolah sebelum waktu balik.
Semoga beliau dapat meneruskan khidmat bakti ditempat yang baru dengan lebih baik lagi dan kami warga SKK mengucapkan selamat maju jaya.
Saturday, September 07, 2013
MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR PN. HJH. ROHANI BT SULONG
Pada 30 Ogos 2013 yang lalu, telah diadakan satu majlis ringkas perpisahan bersempena dengan pertukaran Guru Besar, Pn. Hjh. Rohani Binti Sulong ke SK Tehel, Melaka.
Pn. Hjh Rohani telah mula berkhidmat di SK Kerubong sebagai Guru Besar pada tahun 2010 dan akan mula berkhidmat di SK Tehel berkuatkuasa 1 September 2013. Beliau adalah seorang guru yang sangat peramah dan penyayang kepada semua warga sekolah. Tentunya perpindahan beliau ini akan memberi kehilangan yang besar kepada seluruh warga sekolah lebih-lebih lagi menjelang peperiksaan UPSR tak lama lagi. Terima kasih atas jasa dan keringat yang telah dicurahkan. Semoga Pn. Hjh Rohani dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT. Terima Kasih Cikgu!
Monday, March 04, 2013
KEJOHANAN AKUATIK MSS MELAKA KALI KE 40 BAGI TAHUN 2013
Kejohanan Akuatik MSS Melaka 2013 telah berlangsung hebat selama tiga hari seperti maklumat berikut:
Tarikh : 28 Feb. Hingga 2 Mac 2013
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka
Anjuran : JPN Melaka
Kelolaan : SK Kerubong
Perasmi penutup : Puan Zainah binti Hassan,
Ketua Unit Sukan JPN Melaka
Tarikh : 28 Feb. Hingga 2 Mac 2013
Tempat : Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka
Anjuran : JPN Melaka
Kelolaan : SK Kerubong
Perasmi penutup : Puan Zainah binti Hassan,
Ketua Unit Sukan JPN Melaka
Thursday, February 21, 2013
MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS-PENGAWAS SK KERUBONG 2013
MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS-PENGAWAS SK KERUBONG
Tarikh : 18 Feb. 2013
Tempat : SK Kerubong, Melaka
Perasmi : Hjh. Rohani Bt Sulong, Guru Besar SK Kerubong
Tuesday, January 29, 2013
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Pada 28 Januari 2013, bertempat di Kantin SK Kerubong, telah diadakan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan. Majlis penyampaian bantuan awal persekolahan (RM100) peringkat SK Kerubong telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tangga Batu, YB. Dato' Wira Ir Haji Idris Bin Haron dan turut dihadiri oleh wakil JPN Melaka, Pn Tan Swee Hong. Majlis bermula pada jam 12.00 Tengahari.
Monday, January 28, 2013
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012
Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Kerubong bagi tahun 2012 telah berlangsung pada:
Hari : Khamis
Tarikh : 8 November 2012
Tempat : Dewan Sk Kerubong
Perasmi : En. Asmadi Bin Wahid, Pengarah Eksekutif Jati Beringin Sdn. Bhd.
Hari : Khamis
Tarikh : 8 November 2012
Tempat : Dewan Sk Kerubong
Perasmi : En. Asmadi Bin Wahid, Pengarah Eksekutif Jati Beringin Sdn. Bhd.
Majlis itu
bermula seawal 8.00 pagi dengan kehadiran para tetamu jemputan dan pergerakan
masuk murid-murid ke dalam dewan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk
memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akedamik dan
kokurikulum. Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada
murid-murid supaya terus cemerlang dalam bidang akademik dan sukan.
Beberapa persembahan oleh murid turut
dipersembahkan kepada para tetamu. Antara persembahan yang menarik adalah
persembahan nasyid di bawah bimbingan Ustaz Rohezam Mokhtar, tarian murid
prasekolah dibawah bimbingan Cik Azlinda Bt Rahmat dan tarian murid tahun satu
yang berkonsep ‘Bollywood’ dibawah bimbingan Pn Suhaili Bt Kassim. Para tetamu
terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.Acara kemuncak ialah upacara
penyampaian hadiah kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik
berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang aktif dan
cemerlang dalam bidang kokurikulum turut menerima hadiah. Majlis ini berlangsung
dengan lancar dan meriah sekali dengan menggunakan format baru pengacaraan pada
tahun ini yang mana tiga orang pengacara digunakan. Juruacara pada tahun ini
adalah En. Mohd. Hisham Bin Salleh yang menggunakan Bahasa melayu, Pn. Jamilah
Bt Mohamad menggunakan Bahasa Inggeris dan Pn. Nor Faizah Bt Sarani yang
menggunakan Bahasa Arab. Para tetamu jemputan dijemput menikmati juadah sejurus
majlis ini berakhir. Diharapkan agar majlis seperti ini menjadi pendorong pada
murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.
Friday, April 22, 2011
Kejohanan Bola Baling Sekolah Rendah Kawasan Tanjong 2011
Tarikh : 20 & 21 April 2011
Hari : Rabu & Khamis
Masa : 8.30 pagi – 5.00 ptg
Tempat : Padang SMK Tun Haji Abdul Malek
Perasmian Penutupan Oleh;
TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN YUNUS
Pegawai Sukan Cemerlang PPD Melaka Tengah, Melaka.
KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN
KATEGORI LELAKI (L12)
KATEGORI PEREMPUAN (P12)
Tuesday, April 12, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
















